"Orang yang berhutang sebenarnya menjadi hamba" - Ahli falsafah kurun ke-19 Amerika Syarikat, Ralph Waldo Emerson.
Para pembaca yang dihormati, sengaja Dunia Tips Anda memulakan artikel kali ini dengan petikan kata-kata ahli falsafah barat. Ia bertujuan supaya para pembaca sekelian menyedari betapa buruknya bahana hutang yang tidak terkawal kepada seseorang dimana ia boleh menyebabkan menjadi hamba kepada hutang tersebut.
Lihat sahaja kepada laporan-laporan media massa mengenai bahaya mereka yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai kesulitan akibat berhutang dengan ah long mahupun dengan institusi kewangan yang lain disebabkan perancangan kewangan yang lemah dan perbelanjaan di luar kemampuan.
Sikap alpa,boros dan tiada perancangan merupakan jerat utama yang membawa kepada perangkap hutang. Kita mungkin berhutang kerana ingin berbelanja mewah atau mendapatkan barangan impian sehingga terlupa akan permasalahan yang bakal menimpa. Akibatnya sumber kewangan bukan sahaja semakin merosot, malahan pelbagai konflik akan timbul terutamanya bagi individu yang telah berkeluarga.
Bagi membantu para pembaca menyelamatkan diri daripada terus terperangkap dalam permasalahan hutang ini, Dunia Tips Anda ingin berkongsi sedikit tips yang mungkin boleh membantu.
1. Guna Tunai Dan Jangan Berhutang.
Anda mungkin mempunyai sejumlah wang simpanan yang banyak. Tetapi anda begitu berkira untuk menggunakan wang ini bagi tujuan membeli barangan yang dihajati. Anda lebih teruja berbelanja secara bayaran ansuran yang pasti lebih tinggi jumlah pembayarannya berbanding secara tunai. Ada juga diantara kita yang gemar menggunakan kad kredit sedangkan ketika itu mempunyai tunai yang mencukupi.
Jika sikap ini dijadikan amalan, anda pasti akan berdepan dengan situasi yang sukar sekiranya jumlah hutang semakin meningkat.
2. Elakkan Hutang Remeh.
Jangan jadika rakan-rakan anda 'bank' untuk mendapatkan barangan yang dihajati, segeralah berubah.Perbuatan gemar meminjam seterusnya berhutang hanya akan menjerat anda kepada masalah kewangan yang lebih serius. Jika tidak mampu melangsaikannya, anda bukan sahaja kehilangan sahabat, malahan tiada siapa lagi yang akan membantu anda.
3. Elak Hutang.
Jadikan hutang pilihan terakhir anda. Jika inginkan sesuatu perkara, cuba cari ikhtiar atau jalan terbaik mencari sumber kewangan. Namun jika sumber kewangan yang sedia ada tidak mencukupi, anda mungkin boleh mempertimbangkan semula untuk berhutang. Bagaimanapun, pilih sumber hutang yang terbaik dan tidak mengenakan kadar faedah yang tinggi.
4. Tangguhkan Berhutang.
Sebelum menandatangani surat perjanjian pinjaman, fikir dengan mendalam. Cuba bayangkan, apa yang akan berlaku pada diri anda dan keluarga sekiranya hutang ini tidak mampu anda jelaskan. Anda mungkin akan kehilangan kereta, rumah, harta benda dan berkemungkinan akan diisytiharkan muflis. Barangan anda terpaksa digadaikan demi melangsaikan hutang. Jika semua ini anda fikirkan, pasti anda akan menangguhkan pengambilan hutang tersebut.
Fikirkan secara mendalam jika anda berhasrat untuk memiliki kad kredit. Adakah anda benar-benar memerlukannya, apakah tujuannya, adakah anda seorang yang boros, mampukah anda berdisiplin dan bolehkah anda menggunakannya secara bijak?
Jika jawapannya negatif, maka lupakan sahaja niat anda untuk memiliki kad kredit. Lebih baik berbelanja secara tunai daripada berhutang menerusi kad kredit.
6. Tunai lebih baik.
Tidak perlu rasanya untuk menggunakan kad kredit jika pembelian tersebut dalam jumlah kecil atau sederhana, misalnya membeli barangan keperluan harian. Jika berhasrat membelu barang kelengkapan rumah, jangan beli secara serentak. Berbelanja mengikut tahap kemampuan. Kemampuan membeli seseorang adalah setakat jumlah tunai yang sanggup dibayar.
7. Menabung.
Jangan tergesa-gesa untuk mendapatkan barangan impian anda. Jika anda berhajat untuk memiliki sesuatu barangan, seperti kamera DSLR tetapi masih belum mempunyai kewangan yang cukup, cubalah bersabar.
Kumpulkan kewangan anda secara bulanan misalnya RM200 sebulan, sehinggalah jumlah tersebut mencukupi untuk membeli kamera yang anda idamkan. Masalah hutang pasti tidak akan timbul.
- Sumber : Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur.
Walaubagaimanapun kita tidak dapat lari daripada komitmen untuk membayar hutang dalam hidup ini. Dibebani dengan kos sara hidup yang semakin mendesak sedikit sebanyak isu hutang terpaksa kita tempuhi. Tetapi yang penting kehidupan kita hendaklah kita tempuhi dengan perasaan tenang tanpa merasa tertekan. Dunia Tips anda hanya menyenaraikan serba ringkas tips untuk menangani masalah hutang. Adalah lebih baik lagi jika kita dapat mempelajari teknik yang lebih mendalam bagaimana cara untuk hidup dengan tenang walaupun berhutang.
Mahu hidup tenang walaupun berhutang? Klik pada imej di bawah untuk mengetahui rahsianya.
~Hidup Tenang Walaupun Berhutang~
Karya - Shamsudin Kadir


0 comments:
Post a Comment