Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada hidung berdarah?
Faktor Luaran(external factors)
- Trauma (boxing atau pergaduhan menyebabkan hidup berdarah).
- Perubahan cuaca dan suhu yang mendadak.
- Kurang minum air.
- Kurang makan buah yang mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi.
- Bendasing (foreign body).
- Asap rokok.
- Debu-debu luar.
- Ubat-ubatan seperti aspirin.
- Ubatan herba yang berkaitan.
Faktor dalaman (intrinsic factor)
- Inflamasi pada hidung/selsema/rhinitis.
- leukemia.
- Darah tinggi.
- Kanser.
- Penyakit genetic mudah berdarah seperti kurang vitamin K(vitamin K penting untuk pembekuan darah),
kurang factor yang menyebabkan pembekuan darah,seperti kurang factor VIII dalam darah.
- Penyakit hati (liver diseases)
Bagaimana pendarahan boleh berlaku?
Kawasan yang biasa berdarah pada hidung dikenali sebagai Little’s area, terletak di bahagian hadapan nostril (lubang hidung), spesifik di kawasan septum yang mengandungi salur darah yang nipis dan bersambung antara satu sama lain dikenali sebagai Kiesselbach plexus.
Terdapat juga pendarahan di bahagian belakang hidung(posterior) yang sukar untuk dikenalpasti.
Apabila terdapat jangkitan kuman pada kawasan ini, ataupun mengalami trauma, hentakan di muka dan sebagainya, salur darah yang nipis ini akan pecah dan hidung akan berdarah.
Bagaimana merawat hidung berdarah di rumah?
Sewaktu pendarahan
- Bertindak tenang.
- Duduk dalam keadaan menegak, tundukkan kepala sedikit. Jangan angkat kepala dan membelakangkan kepala anda! Ini mengundang risiko sesak nafas dan darah dari hidung akan mengalir ke saluran pernafasan anda dan seterusnya menghalang pernafasan!
- Tekan lubang hidung (nostrils) dengan ibu jari dan jari telunjuk anda, pastikan anda tekan cartilage hidung,bahagian hujung hidung yang lembut. Tekan selama 10 minit.
- Darah yang berkumpul di dalam mulut atau kawasan oropharynx perlu diludah keluar.
- Longgarkan baju anda, longgarkan tali leher,tali pinggang.
- Letakkan ice pack di belakang leher anda(bahagian bawah tengkorak kepala) dan juga letakkan ice pack di atas hidung anda. Ini untuk mengecutkan salur darah seterusnya menghentikan pendarahan
- Selepas 10 minit, buang perlahan-lahan ice pack tadi dan duduk dalam keadaan yang sama.
- Kebiasaannya darah akan berhenti mengalir selama 10-15 minit. Cuba bertenang dan dapatkan rehat yang mencukupi selepasnya.
Apabila pendarahan berhenti
- Elakkan bersin atau batuk.
- Jika udara di dalam rumah terlalu kering,anda dinasihatkan untuk ‘lembapkan’/humidify rumah anda dengan memasang air-humidifier. Elakkan menghidu asap rokok !
- Jika tiada,anda boleh menggunakan spray ke muka,untuk memberi kelembapan kepada hidung,sekaligus menghentikan pendarahan.
Hidung saya masih berdarah,apa yang perlu saya buat?
Jangan panik! Jika pendarahan tidak berhenti, segera ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Apakah keadaan yang memerlukan rawatan segera ke hospital?
- Jika darah mengalir dari kedua-dua lubang hidung selama kira-kira 20 minit
- Epistaxis berlaku selepas trauma pada kepala,sama ada kemalangan,terjatuh atau kepala terhentak ke permukaan yang keras
- Pendarahan masih lagi berlaku kira-kira 30 minit selepas membuat rawatan first aid(seperti di atas)
- Apabila terasa pening-pening dan muntah-muntah akibat hentakan yang kuat pada muka
- Apabila hidung berubah bentuk atau ‘slipped’ dari keadaan asal
- Apabila seseorang itu telah berumur
- Apabila seseorang itu mengalami darah tinggi.
Kesimpulan
Memandangkan masalah hidung berdarah merupakan perkara yang kerap berlaku dalam masyarakat kita,maka kesedaran dan langkah pendidikan awal mengenai masalah ini perlu dititik beratkan. Sediakan ice-pack dan kotak kecemasan seawalnya di rumah,di tempat kerja,di sekolah dan sebagainya. Pastikan semua bahan di dalam kotak kecemasan(first aid ) lengkap tersedia dan pastikan mana-mana ubatan tidak melepasi tarikh luput. Selain itu,anak-anak kecil perlu didedahkan dengan latihan kecemasan seumpama ini. Ibu bapa lah yang memainkan peranan penting dalam hal ini.
Bersedialah dari awal!

0 comments:
Post a Comment